LAWATAN KE MUZIUM KL 19 Feb 2011

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Saturday, February 26, 2011 0 ulasan


Setelah beberapa hari berehat di Seri Kembangan, Selangor iaitu setelah sampai dari Sandakan, Sabah baru-baru ini penulis tergalak berkunjung ke Muzium Kuala Lumpur bersama anak-anak. Galakan terhasil dari saranan dan desakan oleh beberapa pihak termasuk sahabat-sahabat pengunjung blog ini agar penulis datang melihat sendiri paparan Sejarah Kesultanan Sulu yang dipamerkan di Muzium KL yang mana sebelum ini tidak pernah ada.

Kita sangat berterima kasih kepada Jabatan Muzium Negara Malaysia kerana sudi meng"up-date" bahan-bahan sejarah Solok @ Suluk @ Sulug @ Tausug. Mungkin di masa-masa akan datang pihak Muzium Negara di Kuala Lumpur akan dapat memaparkan Sejarah Sulug @ Suluk dengan lebih terperinci beserta bahan, peralatan kesenian dan kebudayaan TAUSUG yang lebih terkini dengan kerjasama Universiti Pertanian Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dll sekadar menyebut beberapa nama, dengan sokongan Sultan Agung Malaysia dan Kesultanan Sulu Darul Islam.

InsyaAllah dalam masa terdekat Kesultanan Sulu Darul Islam dibawah pimpinan DYTM Sultan Muhammad Muizuddin Bantilan II ibn Datu Wasik Aranan akan menghantar wakil atau deligasi diplomatik kearah perhubungan dan persefahaman Tausug dan Melayu. Perhubungan dan persefahaman ini pasti akan berlangsung dengan rasa muhibbah dan saling membantu tanpa syak wasangka. Hanya bergantung kepada kedua belah pihak samada bertindak positif atau negatif terhadap hubungan ini. Perkara ini akan diperjelaskan lagi dalam artikel Analisis kami yang bakal menyusul selepas ini. WASSALAM.


Perhatikan Adjung @ Jong atau pun bahtera Jawa pada gambar di atas. Mungkin para saintis barat hari ini amat yakin bahawa bahtera Jawa adalah satu-satunya bahtera terbesar dan terpanjang yang pernah dibina oleh bangsa Jawa di Asia Tenggara. Persoalannya benarkah Bahtera KATIGAN (buluh pengimbang) ini berasal dari tanah Jawa?

Kenyataan yang tidak dapat disangkal ialah Adjung atau Jong KATIGAN asalnya dibina oleh orang-orang Solok @ Sulug di Kepulauan Sulu beribu-ribu tahun yang lalu yang mereka gunakan menyeberang lautan Pasifik, lautan India sehingga ke benua Afrika. Sebagai bukti ialah catatan China purba yang mengatakan bukan sahaja Sulug orang yang pertama membawa benih jagung ke China malah yang mengajar mereka membuat Adjung yang China namakan Jongkong adalah orang-orang Sulug.

Malah bangsa yang mula-mula mencipta senjata api ialah orang-orang Sulug yang menetap di Champa (Vietnam).
Malah telah tercatat bangsa yang paling handal mencipta meriam lela @ Lantaka dan mahir menggunakannya ialah orang Sulug sendiri. Dalam catatan Spanyol bahawa Sulug lah yang paling handal mengendalikan Adjung Katigan. Kelajuan kapal-kapal layar Sulug yang begitu laju tidak dapat ditandingi oleh Spanyol di dalam kempen-kempen peperangan dan rompakan-rompakan di wilayah naungan Spanyol.

Bhg 3: Asas Mengenali ZABAG Melalui LAUT SULU

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Sunday, February 20, 2011 0 ulasan

KAJIAN MERUNGKAI MAKNA ISTILAH
Tidak lama dahulu seorang Tausug yang menetap di Kuala Lumpur telah memaklumkan kami melalui telefon bahawa TAUSUG sebenarnya adalah berdarah YAHUDI kerana menurut penelitiannya secara genetik jenis kumpulan darah Tausug adalah sama dengan orang-orang Yahudi. Beliau memberikan alasan-alasan tertentu terhadap dakwaan tersebut sambil meminta kami mengkaji lebih lanjut. Peringkat awal kami tidaklah memperdulikan dakwaan tersebut tetapi tidak lama kemudian iaitu setelah kami menemui catatan-catatan Spanyol dan Portugis dakwaan tersebut seperti ada kebenaran. Hanyasanya kami tidak bersetuju dengan penggelaran Yahudi.
Kerana menurut kajian kami Yahudi itu berbeza dengan Bani Israel yang walau pun punya pertalian darah namun sangat berbeza dari segi aliran atau mazhab agama mereka.

Seperti yang kami telah jelaskan pada artikel yang lepas iaitu Rasulullah SAW sendiri membezakan Yahudi dan Israel. Bani Israel adalah kaum atau bangsa para Nabi dan Rasul sedangkan Yahudi adalah bangsa dilaknat disebabkan penyimpangan dari ajaran Taurat menggantikannya dengan Kitab Talmud yang menjadi panduan hidup mereka. Menyedari hal ini, kami mula melancarkan beberapa kajian terhadap Laut Sulu sebelum kedatangan Spanyol (yang kemudian menamakannya Philippines) sehingga bertemu dengan istilah-istilah yang sukar kami fahami seperti Lucoes @ Luzoes, Lusung, Taopo, Wak Wak, Sanfotsi, Zabag, Zutt, Suvarnadvipa, Land of Ophir & Tarshish, Land of Punt, Sambatyon River, Garden of Eden, The lost ten tribes of Israel, dll, malah istilah Solok sendiri begitu asing sekali buat kami.


Untuk merungkainya kajian bahasa sangat diperlukan untuk memahami istilah-istilah tersebut dari mana ia terbit dan diambil. Pencarian makna-makna istilah tersebut akhirnya didapati bukanlah pada bahasa lain tetapi rata-rata ada dalam bahasa Sulug atau Tausug di kepulauan Sulu. Begitu mengejutkan setelah mendapati nama-nama negeri di Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu, Borneo sehingga Mindanao-Luzon-Visayas datang dari bahasa Sulug atau Tausug atau China antaranya ialah,

  • Lusung (China & Sulug), Lu-Sung "Lu" Orang, "Sung" Sug bermaksud "Orang Sug" atau Tau Sug. Lusung kemudian disebut Luzon oleh Spanyol. Lusung dalam bahasa Sulug bermaksud "Lesung" satu alat untuk menumbuk bijirin.
  • Taopo (China & Sulug), Tao-Po "Tao" Orang, "Po" Pulau bermaksud "Orang Pulau". "Po" dalam bahasa China kadang-kadang membawa maksud "Laut" yang juga sinonim dengan kepulauan. Dalam bahasa SUlug juga "Taopo" bermaksud orang pulau.
  • Lucoes @ Lugus @ Likus (Hebrew & Sulug), dalam bahasa Hebrew Leqoes @ Lucoes ialah mengikat tetapi dalam bahasa Sulug pula Likus ialah mengelilingi atau melingkari manakala Lugus ialah "memaksa dengan kekuatan".
  • Wak Wak (Sulug), Wak @ Uwak bermaksud "burung gagak". Wak Wak bemaksud burung gagak kecil (mungkin yang dimaksudkan ialah pulau Jolo yang kecil).
  • Sanfotsi (China), bermaksud Sri Vijaya atau Zabag.
  • Zabag (Sulug), cenderung kepada dua maksud iaitu "Zapah @ Sapah" dan "Solog" itu sendiri. "Sapah" bermaksud "Sungai" dan "Solog" bermaksud "Arus air mengalir" yang dimaksudkan kemungkinan ialah Selat Melaka sehingga ke Selat Makassar yang disebut dalam legenda Bani Israel sebagai Sungai Sambatyon (Sabbathion River) yang dikatakan tempat berkumpulnya 10 suku kaum Bani Israel yang hilang. Penghujung kepada "sungai Sambatyon" ialah gugusan kepulauan Sulu. Hingga hari ini Tausug masih menyebut "Sambat" (ucapan yang diingat), "Sabbah" (buah pisang), "Sapah" (sungai). Tausug sering menggunakan "Bah" atau "Pa" dalam percakapan harian.
  • Zutt (Arab), salah sebutan bagi SUG.
  • Suvarnadvipa (Sanskrit), bermaksud "Kepulauan Emas".
  • Ophir & Tarshish (Hebrew), anak cucu Nabi Noh a.s. yang berhijrah ke kepulauan Sulu.

SULUG ADALAH BENAR BANI ISRAEL YANG HILANG?

Sebenarnya Tausug bukanlah 100% keturunan Bani Israel yang hilang, hanyasanya Bani Israel lah yang datang menambah populasi Sulug di kepulauan Sulu sekitar 600 tahun sebelum Masihi hinggakan sehingga hari ini bahasa Hebrew banyak terkandung dalam bahasa Sulug. 300 tahun sebelumnya, Nabi Sulaiman a.s. sendiri memperisterikan Pangyan Sulug seperti yang disebut dalam Al-Quran iaitu Raja Perempuan Saba' Bernama Puteri Balqis. Ratu
Saba' biasa dengan air laut oleh sebab itu mengapa Nabi Sulaiman a.s. membina lantai istananya bersinar seperti permukaan air laut menyebabkan Ratu Saba' mengangkat gaunnya ketika memijak lantai tersebut. Kewujudan tradisi lisan Sulug yang mengatakan bahawa Raja Sulaiman a.s. pernah datang ke Pulau Pata, Sulu, menunjukkan sebelum kedatangan 10 kaum Bani Israel pada 600 SM rombongan Sulaiman a.s. telah pun mendahului pada 950 SM.

  • "Dan (telah Kami tundukkan) untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintahnya ke negeri yang kami telah memberkatinya. Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu" (Al-Anbiya' ayat 81)
Ratu Saba' kemungkinan besar adalah Pangyan Sulug yang memerintah sepanjang sungai SAMBATYON. Saba' atau Sapa' bermaksud Sungai dalam bahasa Sulug manakala Sulaiman berasal dari kata Sholum yang bermaksud Salam atau Islam. Dalam bahasa Hebrew ia disebut Solomo atau Solomon yang kemungkinan besar berasal dari sebutan Sulug purba iaitu Solumun bermaksud "Yang benar-benar mendapat perlindungan". Salum @ Solum bermaksud "yang terlindung" dari hujan dan cahaya matahari manakala "un" adalah penegasan atau "Yang benar-benar". Dalam mana-mana bahasa di dunia tidak terdapat maksud Sulaiman @ Solomon kecuali dalam bahasa Sulug.

Ia sama dengan nama "Musa" a.s. dan Dawud a.s. yang punya makna dalam bahasa Sulug. "Musa @ Mussa" bermaksud mutiara yang bersinar manakala "Dawud @ Tawud" bermaksud "yang banyak" mungkin merujuk kepada kemahiran Dawud a.s. yang banyak atau pun juga "Tahud" yang bermaksud "Taji" pada kaki ayam sabung merujuk kepada kehandalan Dawud a.s. semasa kecil pernah menewaskan Raja Jalut dan kehebatan tangannya yang boleh memegang besi panas ketika menempa pedang. Dalam bahasa Sulug sekiranya terdapat huruf "D" di penghujung perkataan ia bermaksud "Keras @ menakutkan" dan perlu disebut dengan keras. Contoh,

  • "Tahud" (Taji),
  • "Tuhud" (Kepala lutut),
  • "Tawid" (Laut dalam),
  • "Lahud" (kesan pukulan rotan @ cemeti pada badan),
  • "Bisud" (menarik keras),
  • "Banhud" (rasa kematu pada kaki selepas duduk lama),
  • "Sapud" (melontar dari bawah ke atas) dll.

Sekiranya masa diundur jauh kebelakang lagi iaitu masa sebelum dan selepas banjir besar, anak-anak Nabi Noh a.s. seperti Japheth (kulit putih bermata sepet), Ham (berkulit hitam), Sam (kulit putih dan sawo matang) telah menduduki sebahagian besar kepulauan Asia Tenggara manakala sebilangan yang lain terdampar di gunung Ararat Turkey. Bani Sulug jalur keturunan mereka dari Japheth yang melahirkan bangsa Indochina dan Buranun. Salah satu suku Buranun di Borneo ialah Suku Maday. Dari suku Maday Buranun berkembang menjadi suku-suku Dayak (Kayan-Borneo, Iranun-Mindanao, Tausug-Kepulauan, Monggol & China-Tanah Besar).

Suku Maday kemudian belayar ke India Barat lalu membentuk bangsa ARYAN awal. Dalam tradisi Bani Israel suku-suku Buranun dikaitkan dengan anak-anak Eber iaitu Ophir dan Tarshish yang menduduki Kepulauan Sulu. Hal ini perlulah diperjelaskan bahawa Bani Israel itu asal usul mereka adalah Buranun yang bergerak dari kepulauan Sulu menuju ke Laut Meditranian beribu ribu tahun dahulu. Kemudian keturunan mereka seperti Ophir, Tarshish dan Yocatan kembali belayar ke kepulauan Sulu. Kemudian anak-anak Yocatan belayar pula ke Amazon membentuk bangsa Maya dan Red Indian.

Ini membuktikan bahawa Sulug atau Tausug bukanlah Bani Israel sebaliknya keturunan Bani Israel Purba berasal dari kepulauan Sulu. Ini kerana menurut kajian sains melalui genetik pergigian menunjukkan MANUSIA MODEN berasal dari Asia Tenggara yang menyebar hingga ke Eropah, Afrika dan Benua Amerika.

(Bangsa Yocatan dari kepulauan Sulu beranak pinak di sekitar Amazon sehingga Maxico dan belayar pula ke kepulauan Britain membentuk Bangsa Pict atau Pint. Bangsa Pict dikesan oleh ahli sejarah berkulit sawo matang dan tubuh badan mereka dipenuhi tatu imej binatang atau bunga sebab itu mereka dipanggil Bangsa Pict (badan bergambar). Bangsa kulit putih Briton hanya bergerak masuk ke Britain kemudiannya dan kedatangan mereka menyebabkan kehilangan bangsa Pict. Samada mereka lari kembali ke benua Amerika atau mati ketika berperang dengan bangsa Briton masih menjadi tandatanya kepada ahli sejarah. Bangsa Briton kemudiannya didapati adalah sebahagian dari 12 kaum Bani Israel yang berhijrah dari tanah Jerusalem ke Eropah. Ahli Linguistik mendapati 5000 akar bahasa Israel telah membentuk bahasa Inggeris hari ini.)


LAUT SHILO MENJADI LAUT SULU?
Tahukah anda Shilo dalam bahasa Sulug bermaksud "Menyimpang dari jalan asal agar selamat". Ketika dalam perjalanan untuk berperang, sekiranya mereka mengetahui musuh sedang menuju ke tempat mereka yang juga melalui jalan yang sama, mereka akan menyimpang ke jalan lain untuk mengelak bertembung dan seterusnya membuat serang hendap. Laluan yang menyimpang untuk keselamatan tersebut dipanggil "Shilo". Hari ini perkataan "Shilo" sangat jarang disebut yang biasa menjadi sebutan ialah "Shilong". Shilong atau Silung membawa maksud sinonim dengan Shilo tetapi sedikit berbeza pengertiannya. Silung bermaksud "teduh" yang kemungkinan terbit dari kata Shilo-un (menyimpang ke tempat yang benar-benar teduh) ia kemudian berubah sebutan menjadi Shilun dan menjadi Shilung pada lidah Sulug.

Dalam bahasa Hebrew, Shiloh @ Shilo juga membawa maksud yang sama. Adakah Laut Sulu mendapat nama dari nama Shilo? Kebetulan Laut Sulu ketika dulu menjadi laluan alternatif para pedagang yang tidak mahu melalui Laut China Selatan. Kedudukan Laut Sulu yang menjadi laluan para pedagang yang melalui Jawa, Banjar Masin, Sulawesi dan Tarnate-Tedore menuju ke China menjadikan Kepulauan Sulu satu-satunya tempat persinggahan. Demikian para pedagang China juga kena singgah di Jolo dahulu sebelum masuk ke kepulauan Tarnate, Sulawesi seterusnya ke Jawa. Laluan dan aliran perdagangan ini kemungkinan juga menyebabkan terbitnya kata "Sulu" dari lidah Buranun yang bermaksud "mengalir atau meleleh perlahan".

Hingus yang meleleh pada hidung disebut "si'pun nagsulu" yang membawa maksud mengalir. Di antara pulau Mindanao dan Pulau Samar-Leyte terdapat Pulau Suluan mengadap laut Pasifik yang bermaksud "Pulau Aliran" kerana ketika dulu para Datu Sulug telah menduduki Butuan dan Sugbu (Cebu) sehingga membentuk etnik Visaya Butuan, Cebuano, Waray Waray dan Surigaonun hari ini yang handal melebur besi, tembaga, emas dan perak ketika dulu. Tausug kemungkinan besar menjadikan Pulau Suluan sebagai persinggahan atau laluan sebelum ke kepulauan Pasifik dan seterusnya ke Amazon benua Amerika beribu-ribu tahun yang lalu. Maka terjawablah persoalan samada Laut Sulu terbit dari kata Shilo atau sememangnya dinamakan Sulu sejak sekian lama. Apa yang menarik Shilo dan Sulu sekiranya digabungkan akan membawa makna "Laut yang aman tenteram" (Peace Sea). Kemungkinan dari PEACE SEA inilah terbitnya nama Pacific Ocean.


PERKAITAN YAKJUJ DAN MAKJUJ (GOG & MEGOG) DENGAN SULUG
Sebelum kami menjelaskan kehadiran Bangsa Zutt di tanah Arab yang dikatakan sangat handal berperang di darat dan hebat merompak di laut yang berasal dari Kepulauan Zabag, ada baiknya kami mengulangi kenyataan para pencatat Arab berkenaan lokasi sebenar Zabag. Secara umum Zabag dikatakan menguasai keseluruhan kepulauan Asia Tenggara dari Laut China Selatan sehingga ke Laut India, Teluk Parsi, Teluk Arab sehingga ke Madagaskar namun lokasi sebenar pusat Empayar Zabag masih menjadi kekeliruan. Seperti yang kami telah jelaskan sebelum ini tanda-tanda kekuatan Zabag itu ada pada Bangsa Sulug @ Tausug di Kepulauan Sulu. Perlulah difahami kepulauan Sulu Purba adalah merangkumi semua kepulauan bermula dari Taiwan ke Mindanao, kemudian ke Papua sehingga ke Sulawesi dan Borneo.

  • "Pulau-pulau timur di lautan ini (Laut Champa), yang lebih dekat ke China dari India, adalah pulau Zabaj, yang disebut oleh orang Hindu, Suvarnadvipa, iaitu pulau-pulau emas ... kerana anda boleh mendapatkan banyak emas sebagai wang modal jika anda mencuci hanya sedikit dari bumi negara itu. " (Al-Biruni, 1030 M)
  • "Di lautan Champa (timur Laut China Selatan) adalah tempat kerajaan Maharaja, raja kepulauan, yang berkuasa atas kerajaan tanpa batas dan mempunyai pasukan tak terhitung. Bahkan kapal yang paling cepat pun tidak dapat menghabiskan dalam masa dua tahun melawat mengelilingi pulau-pulau yang berada di bawah kekuasaannya. Wilayah raja ini menghasilkan segala macam rempah-rempah dan aromatik, dan tidak ada kerajaan lain berdaulat di dunia ini sebagaimana kekayaannya yang banyak menguasai tanah." (Al-Mas'udi, 943 M)

Isyarat dari Bible menunjukkan anak-anak Noh a.s. dari jalur keturunan Japheth yang dinamakan Gog and Magog dan dalam hadis Rasul SAW disebut sebagai Yakjuj dan Makjuj sebenarnya adalah bangsa Sulug. Bangsa Monggol (Magog) adalah berasal dari kepulauan Sulu yang naik ke tanah besar menuju ke utara menjadi bangsa kejam dan pemusnah daratan yang tiada tandingan dalam dunia. Kemudian bangsa Gog (Scytians) pula adalah sama dari keturunan Japeth bin Noh a.s. iaitu bangsa Maday yang belayar ke barat India dan menduduki tanah Iran. Mereka bergerak ke Utara hingga Eropah sehingga membentuk bangsa kulit putih purba yang sukakan peperangan yang dinamakan Scytians.

Kedatangan bangsa Sulug kemudiannya ke Laut Meditranian pada zaman Iskandar Zulkarnain kemungkinan besar telah berasimilasi dengan bangsa Scytians dan kemudiannya melahirkan bangsa Viking (Scandinavia). Bangsa Viking disebut sebagai bangsa Norse (bangsa Utara) yang sukakan peperangan dan ekspedisi rompakan harta berupa emas dan perak. Hingga hari ini bangsa Scandinavia terutama Norse bila terlihat pulau-pulau di laut mereka masih menamakannya Sulo atau Sulu. Satu-satunya kenangan yang ditinggalkan oleh nenek moyang mereka yang berasal dari kepulauan Sulu hingga hari ini. Bahasa Norse hari ini masih mengekalkan lidah Sulug yang bunyi sebutannya sama dengan Bahasa Sug. Perbezaan bahasa Norse dengan bahasa Inggeris begitu jauh berbeza dari segi bunyi.

Penggunaan huruf "G" pada hujung perkataan yang disebut secara keras sinonim dengan Sulug. Perhatikan perkataan "Zabag", "Magog", "Gog", "Sog @ Solog", Sulug, Tausug. Samada Gog atau Magog kedua-duanya adalah Sulug. Bangsa Arab serta bangsa-bangsa lain (termasuk Melayu) sukar menyebut "G" di hujung perkataan iaitu Zabag akan menjadi Zabaj atau Zabak. Demikian dengan sebutan SUG akan menjadi Zuj atau Zuk sesetengahnya menyebut Zutt.


KAUM ZUTT DI TANAH ARAB & PENEMUAN TARIQAT SULUK
Seorang pengkaji Zabag-Suvarnadvipa Filipina bernama Paul Kekai Manansala dalam blognya sambali.blogspot.com telah menemui jejak-jejak suku Sayabiga yang berasal dari Zabag telah datang ke Tanah Arab dan Eropah yang dipercayai membawa teks-teks Tantra. Suku Sayabiga menurutnya selalu ditemani oleh satu suku lagi yang juga berasal dari Zabag iaitu suku Zutt.

  • "Sayabiga, ..... memainkan peranan penting dalam penghantaran idea Tantra, kerana mereka berhijrah sepanjang laluan perdagangan tampaknya selalu ditemani untuk beberapa alasan oleh kumpulan lain yang dikenali sebagai Zutt (Jat). Para Sayabiga awalnya berasal dari Zabag (Suvarnadvipa) dan raja dari negara yang mempunyai minat yang besar dalam menjangkau kerajaan yang jauh. Selama dinasti Pala, kita mendengar Serlingpa, seorang putera dari Suvarnadvipa, membawa sejumlah teks Tantra termasuk Kalacakra Tantra pendek dari Shamhbala, yang dengan demikian boleh disamakan dengan Suvarnadvipa. Bahkan sebelumnya, raja ini daerah yang sama, yang dikenali oleh Muslim sebagai Mihraj, telah pernah menghantar surat-menyurat kepada Bani Umayah iaitu khalifah Mu'awiyah dan khalifah Umar abd al-Aziz." [01]
Perhatikan nama Suku Zutt yang dikatakan datang dari Zabag sebenarnya adalah salah sebutan bagi Sug menjadi Zutt. Perhubungan surat-menyurat Sulug @ Zabag ke tanah Arab ketika zaman Muawiyyah dan Umar Abdul Aziz hanya sekadar menunjukkan "jejak" pengaruh Islam telah pun bermula seawal itu dengan orang-orang Sulug.

  • Di sepanjang laluan perdagangan, para peniaga dan pelaut dari Zabag ini telah menyerap Tantra Buddhis dan Muslim, sebahagian besar dipengaruhi Syiah. Di Eropah, saya telah menyarankan bahawa Sayabiga menetap di sebidang sawah di Valencia dengan padi pasang surut dan budaya mereka memancing menggunakan strain padi Japonica tropika. Beberapa Sayabiga mungkin telah tersebar di sepanjang laluan ziarah ke Santiago de Compostela (Spanyol?) berhubung dengan orang yang dikenali sebagai Agotes dan Cagots.
Ini menunjukkan sebelum kelahiran Rasulullah SAW pun Sulug sudah pun berulang-alik ke Laut Meditranian. Maka tidak hairanlah pada abad ke-14 Kesultanan Sulu pernah menjatuhkan ekonomi Russia. Untuk menguasai ekonomi, Tausug semestinya sudah berada lama di Laut Meditranian mendominasi persekitarannya. Hal ini sangat bertepatan dengan kenyataan kami sebelum ini yang berjaya membuktikan bahawa kehadiran Orang Laut Phoenicia di Laut Meditranian beribu-ribu tahun dahulu sebelum kewujudan bangunan Piramid Mesir dan Ziggurat Sumeria sememangnya benar. Bangsa Laut Phoenicia berkulit hitam sebenarnya berasal dari Pulau Papua (Irian) yang diangkut oleh Sulug sebagai pekerja buruh beribu-ribu tahun dahulu.

Asimilasi Sulug dan Papua menghasilkan Orang Laut Luwu' (Luwa'an) yang sehingga hari ini masih wujud di Pulau Sulawesi. Bangsa Laut Luwu' kemudian berkembang menjadi bangsa Ugi' @ Bugis berperadaban dan membina kerajaan kecil pada abad ke-12 hingga 15. Sehingga hari ini Kapal Laut Pinisi (Phoenicia) yang sama binaannya dengan kapal Orang Laut Phoenicia di Laut Meditranian masih dipakai oleh orang-orang Bugis. Malah intonasi bahasa Bugis telah mempengaruhi bahasa Spanyol/Portugis @ Latin di Meditranian Barat sehingga hari ini. Perhubungan Orang Laut Luwu' dengan Bangsa Latin menyebabkan mereka dipanggil "Ugis" (kulit putih @ Albino) oleh Tausug kerana mungkin sebahagian dari orang laut Luwu'an berkulit putih hasil asimilasi dengan bangsa Eropah. Bugis tidak dapat lari dari Sulug kerana perhubungan rapat sejak beribu ribu tahun lamanya,

  • "Sebuah catatan tentang Tausug-Kesultanan Jolo pernah menguasai Sabah hari ini, bahagian dari Sulawesi, dan berbagai pulau di semua jalan ke Flores di kepulauan Indonesia selain dari Tawi-Tawi, Basilan, dan Zamboanga di Filipina berdasarkan penaklukan bersenjata mereka. Mereka masih dilihat dalam banyak cara yang sama seperti Gurka kepada Inggeris, di Filipina hari ini .. " Krishna K. Godhania [02]
Krishna menulis dengan tepat nama TAUSUG serta menjelaskan betapa kekuatan Sulug masih berlanjutan sehingga era Kesultanan Sulu. Kekuatan ketenteraan Sulug disifatkan sebagai TENTERA UPAHAN.

  • "Zutt dan Sayabiga, digambarkan secara bergantian sebagai penjaga, tentera upahan, perompak laut, petani, dan pengembala kerbau, sudah hadir di empayar Sassanid sebelum penaklukan Arab. Banyak dari orang-orang secara paksa dipindahkan ke rawa sekitar Basra untuk membantu dalam mencipta sistem pertanian di sana. Jadi, perlu dicatat kedudukan Basra sebagai pusat awal tasawuf dengan campuran yang pengaruh Parsi dan India. Baik Sayabiga dan Zutt kemudian dipindahkan ke Syria utara, yang seperti Basra juga menjadi sangat berkaitan dengan Ismaili dan mistik sufi."
Perhatikan kajian Paul Kekai Manansala di atas, menunjukkan bahawa yang membawa ilmu BERTAPA atau tafakkur Buddha atau Hindu ialah orang-orang Sulug (Zutt @ Sayabiga) kerana sempena kehadiran mereka di Basra. Kebenaran teori kami terhadap penggelaran "SULUK" (tafakkur @ bertapa), "Suq" (Pasar) dalam bahasa Arab sebenarnya diambil dari perlakuan orang Sulug sendiri. Tariqat Suluk sebenarnya bermula di Basra (Iraq) maka jelaslah pada kita bahawa istilah "Suluk" dan "Suq" bukan berasal dari bahasa Arab tetapi berasal dari perlakuan dan berdasarkan identiti Sulug itu sendiri. Orang Arab tidak pandai menyebut SULUG kecuali SULUK.

Nama-nama pemimpin Zutt di Mesir juga ramai sebagai contoh antara tahun 815 hingga 820 Masihi seorang gabernor Mesir bernama Yusuf Al-Zutti yang namanya dinisbahkan kepada kaum Zutt. Seorang lagi faqih dari pendokong ajaran Syi'ah bernama Salim Bayya' Al-Zutti bersahabat baik dengan Imam Musa ibn Ja'far dan 'Ali ibn Musa.

  • "Demikian juga, salah seorang kapten penjaga Khalifah Ali (ibn Abi Thalib Karamallahuwajhah) bernama Ma'kal ibn Kifi Al-Zabaji, yang dinisbah keturunannya dari Zabag. Sejumlah penulis Muslim memberi kesaksian bahawa Sayabiga digunakan secara meluas sebagai penjaga, misalnya, di perbendaharaan Basra. Para sufi mistik terawal bernama Salim Al-Barusi yang mungkin jejak keturunannya dari Barus atau Balus di Sumatera, tempat asal Al-Fansuri yang terkenal dari kapur barus, sementara yang lain seorang Sufi hebat bernama Abu Yazid Al-Waqwaqi mempunyai nisba yang boleh menunjukkan warisan dari pulau selatan Waqwaq (Jolo) dari Zabag."
Sangat jelas lagi bersuluh Sulug sehingga hari masih menjadi "Bodyguard" dan tentera peperangan yang tiada tolok bandingnya. Di Filipina hari ini pun Sulug masih menjadi harapan kepada bangsa Visaya yang kaya raya untuk dijadikan "Bodyguard" mereka termasuk ahli politik yang takutkan musuh-musuh politik masing-masing. Hari ini kebanyakan ahli politik di Malaysia juga menjadikan orang-orang Sulug sebagai pengawal keselamatan mereka termasuk Datuk Sri Anwar Ibrahim sendiri kononnya menggunakan khidmat Sulug. Rupa-rupanya antara pelopor para ahli Sufi di tanah Arab ialah orang-orang Sulug sendiri sebab itu tidak hairan mengapa para Sayyid @ Syarif Ahlulbait Rasulullah SAW sangat kasih kepada orang-orang Sulug hinggakan Sulug juga kasih kepada mereka. Tidak hairan mengapa para Ahlulbait berlumba-lumba datang ke kepulauan Sulu dan sanggup dikebumikan di sana yang dijadikan tanah barakah. Tidak disangka-sangka ketua pengawal Sayyidina Ali ibn Abi Thalib r.a. sendiri adalah Sulug. Allahuakbar!

  • "Dan (telah Kami tundukkan) untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintahnya ke negeri yang kami telah memberkatinya. Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu" (Al-Anbiya' ayat 81)
  • Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW berkata, "Alangkah rindunya aku kepada ikhwanku (saudara-saudaraku)." Terkejut para Sahabat lalu berkata, "Wahai Rasulullah, bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah berkata, "Tidak. Kamu adalah Sahabat-Sahabatku. Manakala ikhwanku itu ialah umat Islam akhir zaman, yang datang sesudahku, mereka sanggup 'menjual' keluarga dan harta untuk bertemu denganku, mereka tidak pernah berjumpa denganku tapi beriman denganku."
  • Sabda Rasulullah SAW: Ertinya: "Apabila azan sang muazzin, berserulah dia: Asyhadu al laa ilaaha illallah, (ketika itu) bergoncanglah Syurga. Sangatlah rindunya para bidadari dan bertambah-tambah rindunya lagi mereka akan Rasulullah SAW. Begitu juga segala mahligai Syurga dan segala bilik peraduannya (bergoncang-goncang karena) amat rindu kepada Rasulullah SAW. Sedangkan di saat itu Rasulullah SAW pula sangat rindu kepada suatu toifah dari kalangan umatnya yang akan keluar pada akhir zaman nanti. Mereka itu berakhlak dengan akhlak nabi-nabi dan mengambil perjalanan yang ditempuh oleh para siddiqin. Mereka ini adalah ghuraba' (orang-orang asing) di kalangan umum mukminin."


[01] Paul Kekai Manansala, sambali.blogspot.com.
[02] Krishna K. Godhania *www.krishnagodhania.org/articles/Romy.html.

The 3rd Royal Strategic Convention on Sultanate Governance

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Saturday, February 19, 2011 0 ulasan


PROGRAMME


EMCEE: Prof. Alsi Iggo / Moh. Siddque Abdel Azeem

Day 1 (February 25, Friday)
Evening Program (7:00 – 8:30 PM)
Maghrib-Isya Prayer (6 - 7 PM)

1. Du’a – Datu Sharif Murakib Bin Sharif Abirin

2. Welcome Remarks – Datu Prof. Dr. Benhar Bin Datu Tahil

3. Message – Datu Habib Zakaria Bin Abdullah

4. Royal Address of the Sultan of Sulu Darul Islam – HRH Paduka Batara Mahasari Maulana Al-Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II bin Datu Wasik Aranan

5. Presentation of Proceedings 1 & 2 – Sultan Amirul Hamja Deputy Prime Minister Prof. Dr. Ben Bin Habib Ibrahim

Day 2 (February 26, Saturday)
Morning Session (8:00 – 11:30 AM)

6. Presentation of Paper No. 11 – The Tausug and the Sultanate of Sulu: Its Territorial Jurisdiction and Socio-Demographic Profile – Prof. Clemencio Bascar
Reactors: Prof. Benhar Tahil, Dr. Hadji Amar Eustaquio III

7. Presentation of Paper No. 12 – “The Third Universal Theory” – Datu Prof. Dr. Abdulhussein Bin Kashim
Reactors: Prof. Alih Aiyub, Prof. Dr. Eddie M. Ladja, Prof. Atty Isnira Baginda

8. OPEN FORUM

Afternoon Session (1:30 – 5:30 PM)
Asar Prayer Break: (3:15 - 3:30 PM)

9. SSDI Target, Priorities, and Thrust – Datu Prof. Tuttuh Bin Datu Daud

10. Ministers/Commissioners short presentation of respective duties & Responsibilities

11. OPEN FORUM

12. Plenary Session
a. On the proceedings of the First and Second Royal Strategic Planning/Forum.
b. Working Paper No. 11
c. Working Paper No. 12

13. Approval of Propose Resolutions


Day 3 (February 27, Sunday)

14. Continuation on the approval of Resolutions

FELLOWSHIP

SSDI saga: Weeding Out the Undesirables

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Friday, February 18, 2011 0 ulasan

SSDI saga: Weeding Out the Undesirables
By Hb Zakaria bin Abdullah

The movement
for decolonization of the Sultanate of Sulu Darul Islam (SSDI) was spearheaded by Datu Ladjamura “Uda” bin Datu Wasik Aranan, now known as Paduka Mahasari Sultan Bantilan Muhammad Mu’izzuddin II. Although there were others engaged in similar undertaking in their own stride, such as Asreemoro or Asreesulu, me and a few others thru the print and electronic media, it was Datu Uda who singlehandedly brought the message to the grassroots of the Tausug masses breaking several myths along the way. Julasri “Asreemoro or Asreesulu” Hajad wrote a book, Tausug and the Sultanate of Sulu, that had reopened many slumbering hearts and minds of Tausugs to reality and revived the hopes and aspirations of the majority. For my part and few others, we could only make web postings to propagate the issue.

Among the myths that existed in the hearts and minds of the Tausugs were that any form of independence movement must have to go through armed struggle to succeed. Another myth is that the sovereignty of the Sultanate of Sulu had already lapsed and subsumed to the colonial government through various acts of the sultans, the last being the Carpenter Agreement of 1913 between Sultan Jamalul Kiram II and Frank W. Carpenter of the USA, the then governor general of the Moro Province. The most dreaded myth is that; the Armed Forces of the Philippines (AFP) won’t hesitate to massacre any group that would seek to create an independence movement or to raise another flag different from the Philippine’s.

Where all other proponents of the Sulu Sultanate’s revival failed, Datu Uda succeeded. He didn’t have even a single armed security escort throughout his campaign, although he made a number of enemies amongst the aspirants to the sultanate who wanted to eliminate him by any means. Since his rivals are afraid to kill him frontally, they used unconventional means through dark and evil manipulations.

Bored and long feeling insecure under the aegis of Philippine colonial administration, the masses readily threw their support behind the call of Datu Uda for Tausug unity to restore the lost monarchy of the “Sulu Empire.” Still cognizant of the prosperity the Tausug masses enjoyed under the previous monarchies, even without giving hints that their present predicament could be turned around, they already have felt the difference and bright prospects.

Datu Uda had already covered around 70 percent of Sulu province, had organized a number of rallies and demonstrations, and raised a number of Flags when Atty. Meltino Ulung Sibulan joined the movement. Datu Uda welcomed the participation of the attorney with high hopes he can pave the way for the message to be brought to the level of the graduates and professionals in urban cities and the international community. Such was the expectation laid on the shoulder of the attorney even though he chose to go to the rural areas which had already accepted the message, rather than the urban areas highly expected of him. The trust and confidence accorded the attorney by Datu Uda was so high that it amounted to almost a blanket authority. For some time the partnership endured and prospered until the attorney concurred with the masses in 2009 that it was time to crown Datu Uda as Sultan. Still not settled to accept the title by virtue of his financial and residential insecurity, he declined. He neither had any financial backing or sponsor, nor a permanent house that can be called his “Astanah.” But with the solid assurance of mass leaders and the attorney himself, Datu Uda obliged.

He was crowned Sultan at a simple but meaningful ceremony in Jolo on March 19, 2009. Almost simultaneously, a royal charter was produced for all to endorse or ratify without the benefit of getting to know what the contents was all about. Anyway, as there was no reason for suspicion to creep in, everybody signed the constitution. After which, the Sultan was made to understand that, from then on, he will have to wait for what the Rumah Bichara would legislate for him to act on anything. Still, the Sultan obliged as he knew he is not above the constitution. Although he already felt something fishy was cooking, he kept his cool and tried to telescope the movement from behind the scenes. But for keeping himself out of the limelight, according to the Constitution, the attorney later accused him of doing nothing!


My desire to join the thick of the movement was always hindered by financial difficulties. So, for a time I had to be contented with monitoring the issue through Asreesulu who was the only most privileged among us in West Malaysia. Asree rarely missed most of the major gatherings organized by the sultanate in Jolo and Zamboanga cities. Unfortunately, as later on suspected, Atty Ulung squandered the trust and confidence, and the vast authority afforded him by the Sultan. He still had the nerve to go out of his way to usurp the functions and prerogatives of the Sultan. To reinforce his stature in the movement, he invited Datu Albi Ahmad, a retiree from public service, who also adopted Julkarnain (of the Royal Sultanate of Patikul) as his surname. Without the concurrence of other SSDI leaders, including Datu Uda, the attorney appointed Datu Albi prime minister, leaving no way for others to vet Albi’s background and qualification. But in the interest of unity, the majority accepted Albi without any pre-condition, in an interim capacity.

Prior to the declaration of assertion of independence of SSDI, the proposal prepared by the UTC was mocked at by Atty Ulung, relegating it to third class of the three proposals under consideration. But we kept our cool and patience, preventing a debate that could hurt some member’s sensitivities. But after the affair, it was proved that the UTC proposal was the most logical and should be the one implemented. Yet, nobody called on the attorney to retract his unkind words against the UTC and the proponents of the proposal. That was the extent played by the UTC to maintain harmony and understanding no matter how others had maligned our integrity. Foremost in our hearts and minds is the interest of the sultanate, even though other people put our integrity under odium and contempt.

Towards the November 17, 2010 Declaration of Assertion of Independence of the Sultanate of Sulu Darul Islam, only a few of us were planning for the parade and other activities including the venue. The Atty was always evasive, refusing to sit down with us, as if to say he is more capable than anyone in the leadership circle. So, we prepared only a simple program just in case he can’t produce anything. Anyway, we gave him the benefit of the doubt, carefully shielding the real status from the masses. But our sincere efforts took a toll in their sustained machination. The Divine verdict was to edge them out – that they, on their own accord, decided to part ways on a wrong premise, on their own accord.

First, they decided to go on a massive campaign in Bongao, Tawi-Tawi. Publicly, they denounced the Sultan as unfit to rule due to being poor and had no proper education. The masses who were already committed to the Cause, took up the cudgels to preserve the integrity of the Sultan and braced themselves for a showdown with the group. The Sultan also rallied up a defensive shield, mobilizing the grassroots support who pledged loyalty to hm. The rumour mongers had to leave Bongao in haste as the masses took up arms for possible confrontation with the power usurpers. With their bad intentions already unveiled and repudiated by the people, feeling guilty of insubordination and usurping the power of the Sultan, the recalcitrant group decided to find a noble way out. Their case against the Sultan was in anyway shallow and negligible.

Motivated by their avarice for money and power, they went out of the norms and legal practice to crown an impostor. The Atty-Albi tandem targeted the millionaire datu in Sabah to be crowned sultan using their interim positions in SSDI. Their intentions found the match in the Sabah datu, who offered them fat bonuses and government recognition through playing politics. They thought by declaring their intention “to drop the Sabah Claim” they can get the full support of the Malaysian government. They thought the Malaysian government can be hoodwinked by their intermediate grade antics, unmindful of the fact that Malaysia is comparable to the best among nations in their intelligence services. For their blunder, their newly crowned sultan found his way into the detention centre of the State, with the majority of Malaysians, including the Tausugs in Sabah recommending their indictment.

Obviously, the attorney had from his entry to SSDI been planning a ‘coup d’etat’. During most of his lectures, he was campaigning for loyalty to himself, or at least against the sultan. Little did he realize that the people were already politicize and convinced that the Movement initiated by Datu Uda was to crown a sultan of his stature. Therefore, although the people were hoodwinked to register under the Atty’s faction of UTP (people), they believed their registrations were anyhow for the Sultanate and not for the individual. So the attorney could only be counting the wrong chicks in his hatchery, using it to tell the people he commands the majority of the Tausug membership in the SSDI.

Source: http://www.tausugglobalmedia.co.cc/

LEADERSHIP PROBLEM

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on 0 ulasan

LEADERSHIP PROBLEM
BY MOHD ZAKIR ABDULLAH

It's a pity
the Tausug may never get a good and honest leader of high scholastic repute. First they have a Misuari who was a UP lecturer and a 'political scientist', but he stirred the MNLF ship into the wrong direction leaving many Tausug stranded along the way to the original objective.

Now, here comes another one, an attorney-at-law who brags about himself as so and so in the legal fraternity, to the point of belittling and ignoring the capability of other members. Unfortunately, this so-called Atty also manipulated the proceedings under the very noses of senior members in the leadership, including the Sultan who he earlier recognized and who gave him full trust to propagate the matter from the legal point of view, especially to the professionals.
Surprisingly, the Atty chose to go the grassroots most of whom had already accepted the Movement thru the earlier campaign of the Sultan. He taught the people what they could not understand.

So, what he got was only praises for being 'very brilliant' because none of his audience could understand the high level lecture he was 'dubbing'. Later, it was found out, the reason he chose not to preach to the professionals is because of his unacceptability to many who know his background and capability. In his attempt to cover that weakness, he found an ally, a certain datu Albi who he 'appointed' prime minister without the concurrence of others in the leadership. It came out that Albi's reputation is no better than his. So, they found out many leaders were not comfortable with them around, the reason they sought the best way to bolt out of the 'cordon sanitaire'.

While still in the good graces of other leaders, they demanded many things, including fat allowances, while all others were practicing thrifts and self reliance so as not to compromise the Movement in the early stages yet. So, they heard that there is a wealthy datu in Sabah. With fat bonus in mind, they went for it and succeeded to certain extent, only to realize they had crossed a border of different laws and nationality.

Having been cornered, they tried to fight back by faulting the Sultan they purposely dumped in the process as the culprit in their misadventures. But this is still a free country, they can warp about anything they wish, although each time they come out with a lie, it pricks their conscience! Soon they will become like a "German propagandist" whose persistent lies were later accepted as the truth by the gullible peoples!!

Source: http://www.tausugglobalmedia.co.cc/

Pahlawan Mat Kilau Gunakan SUNDANG SULUG

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Thursday, February 17, 2011 0 ulasan

Tahukah anda mengapa pahlawan-pahlawan Melayu di Tanah Melayu lebih mengutamakan penggunaan Keris Sundang Sulug berbanding Keris Jawa? Tetapi mengapa Keris Jawa lebih terkenal di Tanah Melayu hari ini berbanding Sundang Sulug? Samada ia sengaja dihilangkan oleh pegawai-pegawai British atau orang-orang Melayu sendiri ketika Tanah Melayu dijajah Inggeris dulu tidaklah begitu penting. Perkara penghilangan identiti Sulug @ Solok di Tanah Melayu sudah pun kami jelaskan dalam posting yang lepas iaitu kekuatan maritim Sulug di sepanjang Selat Melaka pada abad ke-7 hingga 14 menjadikan para penjajah yang datang kemudian berazam memusnahkan apa sahaja tinggalan yang bersangkut paut dengan Sulug.

Terbukti hingga hari ini walaupun imej Sundang dan Adjung Sulug dilekat di dinding Muzeum Kuala Lumpur tetapi tidak diketahui siapa pemiliknya dan dari mana keris besar dan kapal layar KATIGAN itu datang? Walau pun tertulis dalam sejarah Melayu bahawa pahlawan "Orang Laut" lah yang berlabuh di Melaka dan menjaga Selat Melaka dari perompak laut (di zaman kesultanan Melaka yang awal) namun sehingga hari ini tiada siapa yang tahu dari mana ORANG LAUT yang hebat itu datang?

Hal ini berlanjutan apabila generasi muda Melaka bertanya kehairanan pada datuk nenek mereka "Atuk, nenek, apasal banyak sangat kampung SOLOK, sungai Solok, jalan Solok, perkuburan Solok, sekolah menengah/rendah Solok di negeri Melaka ni?" Atuk dan nenek mereka pun tak boleh jawab kecuali segelintir yang berkata "Moyang kita berasal dari tanah SOLOK". Sebab itu tidak hairan bahasa dan gurau senda orang-orang Melaka hari ini persis seperti gurau senda TAUSUG serta rapat perhubungan mereka dengan etnik Cina BABA. Kerana ketika zaman dahulu kala, dimana ada Sulug di situ ada China kerana China itu sendiri adalah Sulug. Walau pun China terpisah dengan Sulug begitu lama tetapi mereka senantiasa berhubung. Hinggakan menurut catatan purba China "Tanpa mereka kami tidak pandai buat kapal layar dan tanpa mereka kami tidak akan pandai berniaga merentas negara". Dengarlah sebutan-sebutan yang keluar dari mulut TAUSUG yang "D" dan "R" akan jadi "L" macam lidah China.

Pahlawan Mat Kilau, foto diambil ketika pengakuannya pada tahun 1968-1970.

Berbalik kepada pahlawan Mat Kilau berikut penulis petik dari sebuah buku suntingan Dr. Hj Talib Samat salah seorang Pensyarah Kanan Jabatan Kesusasteraan Melayu di Fakulti Bahasa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Penulis berkenalan dengan beliau ketika menghadiri Seminar Keagungan Sejarah Suluk di Universiti tersebut tidak lama dulu. Kami bertukar buku dan berbincang beberapa perkara berkenaan sejarah kepahlawanan Melayu. Bila balik ke rumah penulis membaca buku yang disusun oleh beliau bersama para penulis lain yang bertajuk "JEJAK PAHLAWAN MAT KILAU". Apa yang menarik dalam buku ini tertulis "SUNDANG" satu senjata yang menjadi kegemaran Mat Kilau.

  • "...bahawa dalam peperangan itu amatlah dahsyat beliau menghadapi hujan peluru yang ditembakkan oleh tentera-tentera upahan Inggeris itu, dan menerangkan jua bahawa beliau hanya menggunakan "sundang" di samping senjata-senjata yang lain". (di bab Munculnya Mat Siam, m.s. 30).

Perhatikan bagaimana penulis buku tersebut meletak pembuka dan penutup kata (") sebagai penegasan terhadap SUNDANG. Sebenarnya rahsia penggunaan Sundang ialah pada ulu dan bilah pedangnya yang panjang samada berlok atau tidak.

Buku yang menceritakan sejarah Mat Kilau serta temuramah di akhir-akhir hayat beliau.

Untuk berlawan dengan bangsa penjajah yang datang dari luar yang kebiasaan mereka menggunakan pedang panjang maka keris Jawa tidak sesuai. Keris Jawa kalau berlaga dengan pedang Toledo Inggeris serta Bionet Rifle mereka, keris Jawa biasanya akan terpisah dari ulunya. Berbanding Sundang yang panjang serta lasak dalam masa yang sama boleh menebas dan memotong Rifle Inggeris dengan mudah.

Bhg 2: SUVARNADVIPA: EMPAYAR ZABAG PENGUASA SUNGAI SAMBATYON

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Tuesday, February 15, 2011 0 ulasan

EMPAYAR ZABAG ADALAH EMPAYAR BANI ISRAEL?
Sejarahwan abad ke-20 mengatakan bahawa Empayar Zabag yang dimaksudkan oleh catatan- catatan sejarah barat zaman pertengahan sebenarnya adalah Empayar Melayu Purba. Hal ini berlaku bertitik-tolak dari "penjenamaan" Antropologi oleh ilmuan barat terhadap Asia Tenggara pada abad ke-19 yang mula meletakkan nama Malayo-Austronesian (Malayu-Kepulauan Selatan). Para ilmuan barat ini terdiri dari ahli Antropologi Freemason yang Anti-Tuhan (Athies) dan sangat-sangat memusuhi Islam dan kekuatannya. Mereka dididik menjadi Professor dan Doktor Sejarah semata-mata untuk menghilangkan jejak-jejak punca kekuatan Islam dari mana bermula. Sebagaimana Teori Likusantara yang kami telah paparkan sebelum ini bahawa Islam sebenarnya bermula di Kepulaun Sulu sejak Adam a.s. mula-mula membina ketamadunan. Baginda beranak pinak sehingga cucunya iaitu Nabi Noh a.s. membina beberapa buah bahtera untuk menyelamatkan Bani Adam dari banjir besar. Hal ini terbukti kerana kewujudan nama SALAM (Islam) berasal dari lidah Sulug.

  • Dalam bahasa Ibrani @ Hebrew SALAM disebut Shalom @ SALOM yang bermaksud Selamat, aman, damai, tenang dan harmoni.
  • Dalam bahasa Sulug SALAM disebut SALUM yang mirip dengan sebutan Hebrew. Hari ini SALUM hanya disebut SAUM kerana kebiasaan lidah Sulug membuang "L" di tengah perkataan.
  • SAUM dalam bahasa Sulug bermaksud "Bawah kolong" samada bawah kolong rumah, bawah pokok atau apa sahaja tempat yang berada di bawah dalam keadaan terlindung atau aman dari terkena cahaya matahari atau hujan.

Kewujudan Bangsa Sulug di kepulauan Sulu sebenarnya bukanlah tidak diketahui oleh dunia barat. Kerana Bahasa Sulug telah pun dikenalpasti tanpa keraguan adalah "Biblical Hebrew or Archaic Language of Hebrew" iaitu bahasa purba Bani Israel sebelum mereka berhijrah ke Laut Meditranian. Ini bermakna sejak zaman purba lagi iaitu sebelum berlakunya banjir besar Bangsa Sulug telah pun mendominasi keseluruhan laut di kepulauan The Land of the East ini. Para ahli sejarah atau Antropologi Freemason Yahudi hari ini secara diam-diam telah memasukkan data ke dalam internet dan buku-buku ilmiah yang menunjukkan penghijrahan Bani Israel ke kepulauan Sulu pada tahun 600 SM, lalu mengatakan bahawa BANGSA HEBAT di kepulauan Sulu itu sebenarnya adalah BANGSA YAHUDI. Malah yang lebih "membodohkan" keadaan lagi mereka meletakkan bahawa "TAUSUG" hanya masuk ke kepulauan Sulu dari Sumatera hanya setelah Bani Israel berjaya menduduki kepulauan Sulu. Satu pembodohan yang tidak dapat ditutupi atau disembunyikan.

Maka dengan demikian mereka mengharapkan dunia akan mengesahkan bahawa Empayar Zabag sebenarnya adalah Empayar Yahudi.

Inilah peta hasil kajian (teori) para ahli Antropologi Yahudi Filipina hari ini yang dimasukkan kedalam internet menunjukkan Tausug telah datang kemudian setelah Bani Israel menduduki semua kepulauan. Kononnya Tausug ialah kaum Melayu yang berasal dari Sumatra baru sampai ke Sulu hanya pada 300 tahun sebelum Masihi. Kajian ini tidak mendedahkan sumber asal serta banyak kesalahan fakta. Sebagai contoh "Tausug berasal dari Sumatra" dan bila diklik rujukannya didapati ayat tersebut tidak wujud yang ada hanyalah "Muhammadan datang dari Sumatra ke kepulauan Sulu mengislamkan penduduknya pada abad 14".[01]


KEKELIRUAN SAMADA YAHUDI ATAU BANI ISRAEL?
Bagaimana mereka tergamak mengatakan "TAUSUG" hanya dapat masuk ke kepulauan Sulu kemudian sedangkan nama TAUSUG itu sendiri bermaksud "Orang Sulug"? Tanah JOLO itu pun dipanggil Lupa' Sug yang sinonim dengan TAUSUG. Kalau benarlah dakwaan mereka maka nama Jolo itu bukanlah Lupa' Sug (Tanah Sug) tetapi tanah JEWS atau YAHUDI.

Tahukah anda bangsa YAHUDI hanya muncul selepas tahun 600 SM? Iaitu setelah mereka menjadi pelarian kerana kemusnahan oleh perang saudara (sesama Bangsa Israel) yang kemudian diserang oleh Bani Assyur pula. Bani Yahuda tertinggal di Jerusalem yang kemudian menjadi tawanan dan hamba abdi Bani Assyur manakala Bani Yusuf (anak-anak keturunan Nabi Yusuf a.s.) dan 9 suku kaum Bani Israel yang lain berjaya melarikan diri ke Kepulauan Sulu. Bani Yahuda yang menjadi hamba abdi Bani Assyur mula menulis kitab-kitab baru yang ditulis oleh para Rabbi mereka secara sembunyi-sembunyi. Para Rabbi Yahuda menulis dan menceritakan kesengsaraan mereka serta membentangkan huraian-huraian Kitab TAURAT mengikut interpretasi mereka sendiri. Huraian mereka terhadap Taurat Nabi Musa a.s. itu sudah menyimpang dari Taurat yang sebenarnya. Karangan-karangan ini kemudian telah dihimpunkan menjadi satu yang dipanggil KITAB TALMUD hari ini.

Kitab Talmud menurut para pengkaji sejarah Yahudi adalah sebuah kitab yang penuh dengan kesombongan dan perancangan-perancangan jahat kepada bangsa lain. Ini terhasil disebabkan kekecewaan para Rabbi Yahudi yang telah diperhambakan oleh bangsa Assyur. Talmud penuh dengan galakan-galakan menaikkan semangat Yahudi untuk membebaskan mereka dari perhambaan termasuk meletakkan bangsa lain sebagai GOYEM atau bangsa hina. Bermakna selain bangsa Yahudi mereka semua adalah hina dan halal harta serta darah mereka untuk dibunuh atau dirampas (kemudian muncullah bank-bank Yahudi yang berkonsepkan RIBA sebagai penganiyaan ekonomi terhadap bangsa lain).

Bani Yahuda akhirnya sehingga hari ini menjadi IDENTITI BANGSA YAHUDI hinggakan Rasulullah SAW sendiri telah hampir menjadi mangsa percaturan mereka. Rasulullah SAW membezakan YAHUDI dan Bani Israel sebagaimana yang tertera dalam Al-Qur'an Al-Karim. Yahudi difahami sebagai satu ajaran agama yang mengambil KITAB TALMUD hasil tangan para Rabbi Yahudi (bukan Taurat Musa a.s.) sebagai panduan hidup sedangkan bani Israel adalah asal keturunan orang YAHUDI yang awal kerana Israel (Ye'sara'wel @ YESRAwEL) bermaksud "anak-anak Sarah" iaitu isteri pertama Nabi Ibrahim a.s.. Bani Israel yang asli ialah yang mengamalkan ajaran Hanif (Islam) Nabi Ibrahim a.s.serta mereka yang mengikut panduan Kitab Taurat Musa a.s.. dan mereka inilah yang dipanggil oleh Rasulullah SAW sebagai Ahli Kitab yang sebenarnya [02].


PUSAT PENEMPATAN SUNGAI SAMBATYON TERLETAK DI KEPULAUAN SULU?
Tahukah anda kepulauan Asia Tenggara sekiranya dilihat dari atas ia kelihatan seperti sebuah tanah besar yang penuh dengan sungai-sungai besar serta kolam air laut yang luas? Bermula dari Selat Melaka masuk ke Selat Makassar (laut antara Borneo dengan Sulawesi) sehingga masuk ke Laut Sulu seterusnya mesuk ke Utara Palawan iaitu Kepulauan Calamianes berhampiran Manila, sebenarnya ia seolah-olah satu sungai yang sangat lebar dan panjang. Kami mencadangkan bahawa sungai SABBATHION atau Sambatyon yang dimaksudkan oleh bangsa Israel dan Yunani itu adalah bermula dari Selat Melaka sehingga ke Utara laut Sulu.

Hal ini lebih mendekati kebenaran berdasarkan banyaknya kenyataan dan catatan menunjukkan "Sungai SAMBATYON" berada di "Sebelah India". Dengan meletakkan Kepulauan Sulu sebagai "Tempat Tujuan @ Pusat" kerana dengan kedatangan 10 suku kaum Bani Israel (Bani Yusuf) ke Kepulauan Sulu 600 SM itu menunjukkan satu petanda jelas bahawa di situlah pusat ketamadunan Asia Tenggara.

  • "...lokasi Gan Eden adalah bertempat di "India ha-gedolah atau di sebelah India" (FURTHER INDIA) daerah yang sama di mana kita menemui Sungai Sambatyon dan Sepuluh Suku Israel yang hilang".

Sungai Sambatyon sebenarnya hanyalah legenda Bani Israel yang telah diperturunkan dari generasi ke generasi tempat asal usul mereka bermula di negeri kepulauan. Penghijrahan mereka ke Asia merentas tanah Arab menuju ke Laut Timur Meditranian beribu-ribu tahun dahulu dan menjadikan sungai-sungai sebagai tempat perkampungan menyebabkan "hanya sungai yang dapat dijadikan contoh". Kesukaran untuk melihat laut dan kepulauan menyebabkan anak -anak Israel berterusan berfikir bahawa yang dimaksudkan "air deras atau arus air" tempat asal usul oleh moyang mereka itu sebenarnya adalah sungai.

  • "Ini adalah satu bentuk kegemaran pada kebiasaan lagenda, kerana walaupun ada aliran sungai yang mengalir di pelbagai bahagian di Asia, belum ada satu pun yang dijumpai untuk disesuaikan dengan aturan seperti yang ditetap dan dikemukakan dalam tradisi." (This is the favourite form of the legend, for though there are intermittent streams in various parts of Asia, none has yet been found to correspond to the fixed regularity posited in the tradition).[03]

Perkara penting perlu difahami ialah Bani Israel bukan sahaja mengetahui Sungai Sambatyon itu setelah mereka lari atau pun dibuang oleh Raja Assyur ke Kepulauan Sulu malah lama sebelum itu. Sambatyon adalah legenda Bani Israel semenjak moyang mereka lagi iaitu Nabi Ibrahim a.s. masih hidup. Kerana nabi Ibrahim a.s. sendiri mempunyai isteri ketiga yang bernama Katurah (Katura dalam bahasa Sulug bermaksud "yang ke-tiga") yang berasal dari "The Land of the East". Berkenaan isteri ketiga tersebut telah disebut oleh ulama' sejarah Islam iaitu Ibnu Athir. Ini bermakna legenda Sambatyon sudah lama.

  • "SAMBATYON (atau Sanbatyon dan Sabbatyon), sebuah sungai legenda di mana tempat dari sepuluh suku kaum diasingkan oleh Raja Assyur, Salmaneser, dan yang berehat pada hari Sabbath (Sabtu). Sungai tersebut telah disebut dalam Targum Pseudo-Jonathan (Kel 34:10): "Aku akan membawa mereka dari sana dan menempatkan mereka di sisi lain dari Sungai Sambatyon." Para Rabbi menyatakan bahawa sepuluh suku diasingkan tiga kali: sekali di luar Sungai Sambatyon, sekali ke Daphne dari Antiokhia, dan sekali ketika Tuhan turunkan awan ke atas mereka dan menutupi mereka (TJ, Sanh 10:06, 29c; Lam R.. 02:09;. cf Agung R. 73:6)".[04]


[01] http://en.wikipedia.org/wiki/History_of_Basilan

[02] Ahli Kitab dalam Islam bermaksud yang mengetahui kandungan kitab-kitab yang pernah diturunkan oleh Allah swt kepada Bani Israel seperti Zabur, Taurat & Injil. Sembelihan mereka boleh dimakan oleh umat Islam serta boleh mengahwini kaum wanita mereka.


[03] Encyclopedia, (encyclopedia.jrank.org/RON_SAC/SABBATION_or_SAMBATYON.html).

[04] Jewish Virtual Library, (www.jewishvirtuallibrary.org/ jsource/judaica /ejud_0002_0017_0_17386.html)

Bhg 1: MEMBONGKAR MISTERI SUVARNADVIPA

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on 0 ulasan

KATA KUNCI MEMAHAMI SUVARNADVIPA
Sekiranya anda membaca artikel-artikel kami yang lepas di dalam Sejarah Sulug anda akan bertemu dengan teori-teori serta catatan sejarah Sulug dan perhubungannya dengan Bani Israel di tanah Jerusalem. Berdasarkan teori Likusantara yang kami paparkan mendedah "The Land of Sinim" yang juga dinamakan oleh Bani Israel sebagai "The Land of Ophir & Tarshis" yang membawa maksud "Tanah Emas negeri anak-anak Israel iaitu Ophir dan Tarshis" yang juga disebut The Land of Gold. Dimana sebenarnya lokasi The Land of Gold tersebut? Kata kunci kepada persoalan ini ialah "The Land of the East" tempat keluarnya matahari dan permulaan asal usul kehidupan manusia bermula dari Adam a.s.. Seperti yang telah kami katakan sebelumnya bahawa Land of the East yang dimaksudkan itu ialah tanah kepulauan Sulu (merangkumi semua kepulauan Filipina-Taiwan, Borneo, Sulawesi sehingga Irian Jaya @ Papua).

Tanah ini terdiri dari taburan kepulauan yang sangat indah berpasir seperti syurga dan berbatu (batu karang dan batu lahar gunung berapi) serta kedudukan pulau yang rapat-rapat antara pulau dengan pulau yang lain sehingga laut di sekelilingya kelihatan seperti sungai-sungai yang mengalir. Penduduknya sangat bergantung dengan arus laut (Current) dan juga tiupan angin Monsun untuk belayar merentas lautan. Ini bermakna arus pelayaran mereka terhenti sekali-sekala sementara menunggu tiupan angin.

Penduduknya juga sangat mahir melombong dan mengadun logam seperti tembaga, timah, besi dan emas sehingga ia dikenali sebagai "The Land of Gold" atau dalam bahasa Sanskrit disebut SUVARNADVIPA yang bermaksud "Pulau-pulau Emas". Hal yang menjadi persoalan besar yang sehingga kini masih menjadi teka-teki kepada pengkaji yang tidak dapat menerima Kepulauan Sulu lah yang dikatakan SUVARNADVIPA itu menyebabkan mereka berkerja keras membuktikan bahawa Tanah Melayu atau Sumatera dan Jawa itulah Suvarnadvipa. Sementara yang lain masih tercari-cari dimana? Di India atau di Sumatera? Atau pun Pulau Jawa, Pulau Borneo atau pun juga Pulau Sulawesi? Menurut para pengkaji Kristian Filipina pula bahawa yang dimaksudkan SUVARNADVIPA ialah "Kepulauan Filipina" berdasarkan bukti-bukti sejarah lama sebelum kedatangan Spanyol.

Menurut para pengkaji dan penulis blog "Alter-alter terahsia Melayu" pula yang dimaksudkan SUVARNADVIPA ialah kerajaan-kerajaan Melayu Purba di sepanjang tanah Melayu sehingga ke Champa (Vietnam). Kerana menurut mereka wujudnya candi-candi dan prasasti Buddha di Kedah, Thailand-Burma, Kemboja dan Champa dengan penggunaan emas pada kuil-kuil menunjukkan kekayaan dan ketamadunan tinggi yang sesuai dengan sebutan SUVARNADVIPA "Pulau-pulau Emas" itu adalah Tanah Melayu.


"RAHSIA" YANG BUKAN LAGI RAHSIA
SUVARNADVIPA sebenarnya bukanlah India kerana sejarahwan India sendiri menolaknya dengan mengatakan bahawa lokasi sebenar Suvarnadvipa ialah di "sebelah timur India". Hal ini menjadikan pengkaji "Alter-Alter Terahsia Melayu" melompat kegirangan kerana secara geografi Tanah Melayu memang berada di "sebelah timur India". Kami juga sebenarnya dari satu segi berpendapat demikian tanpa bangkangan yang membuang masa. Tetapi dari segi yang lain kami menyatakan ia bukan sahaja Tanah Melayu sehingga Champa tetapi merangkumi semua kepulauan Asia Tenggara sehingga ke kepulauan Sulu.

Persoalan lain akan berbangkit pula iaitu siapa yang menguasai keseluruhan Asia Tenggara? Kerajaan-kerajaan Melayu Purba? Tidak mungkin, kerana mereka bukanlah negara yang menguasai kepulauan malah mereka sendiri bukanlah pelayar seperti juga bangsa Cham dan Khmer yang turun dari pergunungan Indochina menguasai kerajaan-kerajaan Melayu purba kemudiannya. Untuk mendapat keterangan jelas kenyataan Spanyol diperlukan dalam menjelaskan situasi pertengahan abad ke-17 iaitu ketika awal-awal mereka mendapat peluang menduduki Zamboanga. Francisco Combes[01] dalam Historia de las Islas de Mindanao menyatakan,

  • "Lutao yang telah digunakan oleh seluruh negara-negara luar sebagai pahlawan dalam perang mereka di laut. Pejuang-pejuang negara luar tidak akan pergi menentang berperang di laut, dan hanya pergi ke laut kalau terpaksa (maksudnya Lu-Tao @ Loud-Tao @ Laud-Tao diterbalikkan Tao-Laud, Spanyol menyebutnya Lutao bermaksud Orang Laut Balangingi').[02]
  • Mungkin disebabkan oleh ini, mereka (negara-negara luar di Asia Tenggara) tidak setanding dengan Lutao yang berkuasa menembusi lawan apabila mereka tidak berani berperang dengan lawan yang hebat dan mereka hanya mahu menang tanpa bahaya atau kecederaan. Sesiapa yang mempunyai perhubungan dengan Lutao dari mana-mana negara maka dianggap berkuasa sebab Lutao ditakuti di laut dan pantai yang selalu merampas dan memperhambaan orang. Mereka (Lutao) juga menyekat laluan ke pulau-pulau yang lain dengan rompakan dan menawan sesiapa sahaja yang lalu.
  • Buhayen (Raja Maranao di Buayan) adalah Raja yang sebenar dan layak, tetapi rakyat tidak hiraukan beliau walaupun banyak pengikut disebabkan beliau tidak mempunyai Lutao. Sementara itu, Raja Mindanao (Maguindanao) walau pun pahlawanya sedikit sahaja - (nisbahnya) hanya satu dalam setiap 20 Buhayen - tetapi lebih digeruni kerana banyak pejuang-pejuangnya terdiri dari Lutao dan dia boleh berperang bila-bila masa, dan di mana sahaja.
  • Ia juga telah menjadi sebab pulau kecil Jolo menjadi popular walaupun mereka hanya sedikit sahaja kerana mereka (senantiasa) di laut dan mereka menyamai kekuatan Mindanao kerana mereka banyak Lutao sebagai penyokong".[03]

Perhatikan pada perenggan terakhir yang menyebut "pulau Jolo menjadi popular walaupun mereka hanya sedikit" menunjukkan bahawa asal usul Lutao (Balangingi') ialah di kepulauan Sulu seperti yang telah kami jelaskan sebelum ini. Menunjukkan juga bahawa Kepulauan Sulu adalah pusat kekuasaan di Asia Tenggara sebagaimana kenyataan Combes berkenaan Lutao yang digunakan oleh kerajaan-kerajaan luar (Champa, Kemboja, Thai-Burma, Melaka, Kedah-Tua, Aceh, Batak malah China ketika menghalau tentera Monggol) untuk memerangi musuh masing- masing kerana rasa takut dan berasa tidak setanding dengan Lutao.

Lutao secara harfiah dalam bahasa Sulug bermaksud "hantu" yang ditakuti.
Sebenarnya yang disebut Lutao oleh Combes inilah juga yang dipanggil Luzoes atau Lucoes people oleh Portugis yang menguasai perairan selat Melaka pada abad ke-15. Di Jolo pula mereka dikenali sebagai Taguimaha.

Inilah yang dikatakan rahsia yang sebenarnya bukanlah rahsia. Hanyasanya telah "diusahakan" untuk terus menjadi rahsia oleh dunia barat dan sebahagian ilmuan Melayu. Kemungkinan samada mereka sengaja atau pun sememangnya mereka tidak tahu. Apakah penjelasan di atas sudah cukup membuktikan bahawa kepulauan Sulu itu adalah benar-benar SUVARNADVIPA?


LOKASI SUNGAI SAMBATYON SAMADA IA SUNGAI ATAU LAUT
Dalam catatan-catatan Israel dan Yunani purba SUVARNADVIPA berada di sebelah India menunjukkan bukanlah India secara hakiki. Ia disebut juga sebagai Gan Eden (Garden of Eden) di mana terletaknya sungai Sambatyon.

  • "Menurut dokumen-dokumen abad pertengahan seperti surat Prester John bertulisan Ibrani, lokasi Gan Eden adalah bertempat di "India ha-gedolah atau di sebelah India" (FURTHER INDIA) daerah yang sama di mana kita menemui Sungai Sambatyon dan Sepuluh Suku Israel yang hilang".[04]

Perkataan "India ha-gedolah" yang ditulis oleh Prester John dengan menggunakan "ha" sebagai kata arah atau tempat sama ertinya seperti "ha" dalam bahasa Sulug. Manakala "gedolah" pula masih disebut oleh orang laut di Sulu dengan sebutan yang sedikit berbeza iaitu "dabbilah" @ dambilah (Melayu: Sebelah). Persoalannya di manakah lokasi sebenar sungai Sambatyon yang disebut itu?

"Kaum-kaum terpisah oleh sungai Sambatyon"[05]. Sambatyon dalam bahasa Yunani bererti Sungai Sabbat, kerana sepanjang minggu ia mengalir dengan ombak yang luar biasa, dan pada hari Sabtu itu ia akan berhenti mengalir. Apakah sebenarnya sungai Sambatyon ini? Adakah ia benar-benar sungai atau sebenarnya yang dimaksudkan ialah lautan yang berombak yang pantainya berpasir serta berbatu karang? Seorang Rabbi Yahudi bernama Rabbi Akiva telah memperincikan pengalaman-pengalaman beberapa orang Yahudi yang pernah bertemu sungai Sambatyon tetapi masih keliru tentang lokasinya di mana.

  • "Seorang peneroka Yahudi di 900-an, Eldad dari suku Dan (kaum Israel di Parsi), mengaku telah melihat Sambatyon: Ia "seperti gulungan batu-batu dan pasir tanpa air, dengan gegaran besar dan raungan (hempasan ombak), sehingga sungai yang mengalir deras itu jika bertembung dengan sebuah gunung seperti besi itu ia akan menghempas dengan cara ini, semua berlaku enam hari dalam seminggu, golekan batu-batu dan pasir tanpa sebarang air (tawar), dan pada hari Sabtu itu ia berhenti. Ketika matahari terbenam pada malam Jumaat, awan turun di atas sungai, dan tidak ada manusia yang dapat mendekati sampai ke akhir hari Sabtu". Eldad mengenalpasti bahawa sungai tersebut terletak di Afrika antara Sudan dan Habsyah, sementara Rabbi Samuel dari Tzangoli pula mengatakan di Mesir. Sebilangan lain mendakwa berada di Timur: Rabbi Menashe ben Israel (Mikve Israel) berkata pihaknya mengatakan ia berhampiran Laut Caspian di Iran, sementara Rabbi Abraham Pritzel (Orchot Olam) mengatakan ia terletak di Sungai Gangga, India".[06]

Kami mencadangkan ia sebenarnya bukanlah sungai tetapi laut yang menyerupai sungai-sungai disebabkan banyaknya pulau-pulau. Para Rabbi Yahudi hanya memahami perkataan air, pasir, batu, ombak dan arus yang mengalir dari tradisi lisan yang kemudian mereka suaikan dengan keadaan mereka yang lebih biasa dengan sungai berbanding laut. Mereka gagal memahami tradisi lisan nenek moyang mereka tentang tradisi Sulug (current) yang sejak beribu-ribu tahun telah menguasai lautan dan senantiasa menghantar ekspedisi mengelilingi glob dari generasi ke generasi sehingga melahirkan bangsa-bangsa di muara-muara sungai. Sekiranya anda teliti kenyataan Rabbi Yahudi itu anda akan dapati ia hanya menggunakan bahasa perlambangan (metafora).

Menggambarkan derasnya air yang mengalir serta ombak yang ganas menghempas batu-batu pada tebing gunung seperti besi itu menunjukkan satu bangsa yang biasa dengan laut serta tidak boleh didekati kerana mereka adalah bangsa berani dan ganas yang selalu menyerang (menghempas) penempatan di tepi pantai.

Tiada air tawar kerana ianya adalah air laut menunjukkan sukarnya bertemu air di negeri kepulauan. Tiada manusia yang boleh mendekati mereka kecuali hanya pada hari Sabtu (Sabbath) kerana inilah interpretasi Yahudi terhadap bangsa ini yang disifatkan masih mengikut ajaran Nabi Daud a.s. dengan bersembahyang pada hari Sabtu. Mereka cuti pada hari Sabtu itu dengan berhenti melakukan pekerjaan menangkap ikan atau merentas ombak di laut semata-mata menunaikan ajaran agama Daud a.s.


[01] Francisco Comb̩s (1620 Р1665) was a Spanish priest who established Christian monasteries in the Philippines in the 17th century.
[02] Sebenarnya Samal Balangingi' adalah Sulug Buranun yang menguasai Orang Laut Pala'o, oleh kerana sudah biasa memperhambakan orang laut beratus tahun maka mereka sendiri bertutur dalam bahasa laut Pala'o sehingga mereka sendiri digelar Samal @ Orang Laut).
[03] Historia de las Islas de Mindanao, Jolo y sus Adjacentes (1667).
[04] Paul Kekai Manansala, sambali.blogspot.com, beliau adalah pengkaji sejarah dan mistik Filipina, bukunya Quest of the Dragon and Bird Clan.
[05] The Midrash (Breishet Rabba 73:6).
[06] Rabbi Yirmiyahu Ullman, www.rabbiullman.com. (http://ohr.edu/yhiy/article.php/1788)

MARI BERGOTONG-ROYONG!!

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Sunday, February 13, 2011 0 ulasan

Umat Islam rata-ratanya main TUNGGU dan LIHAT sahaja terhadap usaha untuk membersihkan masjid/surau yang dibanjiri lumpur. Jauh lebih dari itu umat Islam seharusnya melihat fungsi sesuatu masjid/surau itu dibina. Sejak tragedi ini berlaku azan dan solat jemaah sudah 'putus'. Tidak susah hatikah kita!? Kita kutuk Israel, tapi tragedi nasib kita di depan kita sendiri kita tidak ambil peduli. Apalah ertinya sambutan Maulidurrasul, kita berarak, berkumpul beramai-ramai dan keluar peruntukan beribu-ribu; MASJID/SURAU dalam lumpur!!!??? Ayuh malulah kepada diri sendiri. Mari kita bersatu bantu masjid/surau ini!!!!!!
Dipetik dari FB Khalifah Suluk

Perhatian: Masjid pada gambar di atas ialah masjid Syeikh Hasbullah At-Tahiri di bandar Sandakan yang lokasinya atas bukit di tepi Hotel Sandakan dan bangunan Wisma lama. Manakala yang satu lagi (sebelah kanan) ialah Masjid Lama Sim-Sim yang banyak kuburan di tepi bukit. Marilah kita sama-sama turun membantu membersihkan Masjid tersebut agar azan kembali bergema seperti biasa.

Berdirinya Panji Sulu Berdirinya Kedaulatan!!

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Thursday, February 10, 2011 0 ulasan

Sebelum YM Sultan Bantilan Muhammad Muizuddin II Aranan diangkat oleh lebih 10,000 rakyat jelata menjadi Sultan Sulu Darul Islam pada 19 Mac 2009 di Buansa, Jolo dahulu, Baginda dikenali dengan nama Datu Ladjamura "Uda" bin Datu Wasik Aranan.

Siapa Datu Ladjamura?

  • Baginda berasal dari keluarga Syarif yang menjadi Datu (Pemerintah) daripada keluarga Sultan Muhammad Aranan Puyo.
  • Dilahirkan di Pulau Siasi, Sulu (berhampiran Pulau Lugus-Tapul) dan hanya bersekolah sehingga darjah dua kerana kemiskinan lantaran kematian ayahandanya.
  • Terpaksa membantu ibundanya di kebun untuk menyara adik beradiknya yang lain.
  • Tidak pandai membaca dan menulis sewaktu berhenti sekolah di darjah dua.
  • Berhijrah ke Lahad Datu, Sabah setelah meletus perang Moro vs Filipina pada 1972.
  • Bekerja sebagai peniaga di pasar ikan Lahad Datu sehingga menjadi peniaga yang berjaya dan disegani (menjadi peraih yang punya penjual ikan seramai lebih 20 orang).
  • Antara tahun 80-an hingga 1990 beliau didatangi oleh rombongan Pairin Kitingan bertujuan meminta maklumat Kesultanan Sulu dari keluarga Aranan Puyo.
  • Pada 1998, beliau mendapat kekuatan setelah mendapat senaskah buku "Islam di Filipina" (Muslim in the Philippines) tulisan Prof. Cesar Adib Majul. Beliau terpaksa belajar membaca untuk memahami kandungan buku tersebut.
  • Pada tahun yang sama beliau mendapat ilham untuk kembali ke Sulu membuat kaji selidik dengan caranya sendiri. Berjumpa para Datu dan Syarif yang ada kaitan dengan Kesultanan Sulu.
  • Beliau mula perkenalkan Bendera @ Panji asal Kesultanan Sulu yang ditinggalkan oleh Sultan Sulu terakhir Almarhum Sultan Muhammad Jamalul Kiram II (w 1936).
  • Pada tahun 2000 beliau menyertai rombongan keluarga Aranan Puyo melawat Pusat Sejarah Brunei dan berjaya bersoaljawab dengan Ketua Pengarahnya iaitu Prof. Pehin Dato' Mohd Awang Jamil Al-Sufri sehingga membawa kepada sedikit pertengkaran dan cabar mencabar.
  • Tahun 2001-2004 beliau berulang alik ke Sulu dan Sabah dengan memulakan kempen memungut tandatangan (gambar dan cap jari) Tausug dengan slogan "Mengembalikan kerakyatan Tausug dan panji asal kedaulatan Kesultanan Sulu yang tidak pernah dijajah samada Spanyol, Amerika, Jepun atau Filipina".

Memulakan pemacakan bendera dan perarakan besar-besaran.

  • Pada tahun 2005, beliau dipertemukan dengan seorang Guru Agama dari Kedah yang pernah disenaraikan oleh sebuah Majalah Antarabangsa yang berpusat di Hong Kong sebagai "Orang yang paling merbahaya di Asia Tenggara" iaitu Ustaz Hj Abdul Halim Abbas Kedah (dari Merbok).
  • Ustaz Hj Abd Halim mendidik beliau dengan kaedah perjuangan yang betul dengan meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan hakiki. Menjadikan Allah swt sebagai matlamat dan Sunnah Rasul sebagai cara hidup. Jadikan mati Syahid sebagai idaman dan kesusahan hidup sebagai baja perjuangan, jadikan "La Hawla Wala Quwwata illa Billah" sebagai azimat untuk menjadikannya kalis takut.
  • Pada tahun 2006 beliau kembali ke Jolo dan memulakan kempen ceramah dari kampung ke kampung tanpa rasa takut dan gusar sehingga pada tahun 2007 beliau berjaya memacak Panji Sultaniyah dengan iringan takbir "Allahuakbar!!".
  • Filipina mula goncang dalam diam, dan kemudian pada akhir 2007 beliau berjaya mengumpul pengikut hampir 15,000 orang di seluruh kepulauan Sulu dan berjaya mengadakan perarakan yang pertama.
  • Filipina telah berasa terpukul yang walau pun pihak tentera berjaya menghantar utusan menemui Datu Ladjamura di Istananya untuk merundingkan agar perarakan tersebut dibatalkan namun beliau tetap meneruskan perarakan tersebut.
  • Perarakan Tausug yang pertama adalah juga pengunduran Batallion Tentera Darat Filipina yang pertama dari tanah Jolo (boleh saksikannya dalam video Youtube). Kem Tentera darat dikosongkan, berduyun-duyun tentera keluar dari Jolo menggunakan kapal tentera laut mereka. Kemudian Tentera Marin Filipina masuk mengganti sebagai penjaga keamanan SEMENTARA.
  • Sejak itu, TAUSUG SEBENARNYA TELAH BUKTIKAN YANG MEREKA SEMEMANGNYA MERDEKA.
Gambar Ustaz Hj Abdul Halim Abbas ketika memberi ceramah agama di Kota Kinabalu, Sabah. Anda boleh berhubung dengan beliau melalui Facebook (FB). Beliau berketurunan Batak dari Sumatra Barat yang berhijrah ke Kedah. Datuk beliau adalah ulama' besar bersahabat dengan Syeikh Abdullah Fahim yang sama-sama belajar di Makkah. Sebenarnya Batak dan Sulug mempunyai perkaitan rapat lama sebelum kedatangan Portugis ke Melaka abad ke-15.


Salah satu buku karangan Ustaz Hj Abdul Halim Abbas yang pernah diterbitkan oleh Jamaah Al-Arqam ketika dulu. Buku ini sangat menakutkan orang-orang yang membenci Islam kerana menggunakan Hadis-Hadis Nabi SAW yang menunjukkan Islam akan kembali dari sebelah timur (Asia Tenggara). Ustaz menggunakan metodology Sufi dalam menyampaikan Islam.



Desakan rakyat untuk menaikkannya sebagai Sultan Sulu.

  • Para pengaku Sultan Sulu yang lain seperti Sultan Fuad Kiram, Sultan Esmail Kiram II dan lain-lain merasa seperti cacing kepanasan kerana Gerakan Tausug telah berjaya meraih kejayaan dengan MEMACAK BENDERA SULU tanpa gangguan dan keganasan dari pihak tentera Filipina. Sedangkan mereka para pengaku Sultan Sulu meletakkan bendera Filipina disamping bendera mereka menunjukkan mereka sebenarnya bukan Sultan Sulu tapi Sultan Filipina.
  • Malangnya, para pengaku Sultan Sulu ini sekiranya ditanya oleh wartawan luar negara "Siapa yang berarak membawa bendera Kesultanan Sulu itu" maka mereka jawab "Itulah rakyat BETA yang mahukan kebebasan". Lembu punya susu, monyet dapat nama.
  • Pada penghujung tahun 2008 Datu Ladjamura telah didesak oleh rakyat untuk berdiri sebagai Sultan Sulu kerana para pengaku Sultan Sulu yang lain di luar sana sangat ghairah mendakwa bahawa Tausug yang berarak adalah rakyat mereka. Datu Ladjamura menolak.
  • Pada bulan Februari 2009 beliau mula didesak secara Syura oleh Tausug North Borneo dan disokong oleh Tawi-Tawi, Basilan dan Jolo. Datu Ladjamura beralasan bahawa masanya belum sesuai kerana beliau sendiri hanya membantu sedarkan Tausug kembali kepada kerakyatan mereka yang sebenar bukannya mahu menjadi Sultan Sulu pula.
  • Akhirnya beliau bersetuju setelah dua minggu bermesyuarat dengan para Datu dan Syarif. Selepas semburan air bomba di perkarangan Municipal Jolo kepada Tausug Citizens pada 17 Mac 2009 maka pada 19 Mac 2009 beliau diangkat sebagai Sultan Sulu yang sah oleh rakyat jelata secara terbuka.

APAKAH ERTI SEBAGAI SULTAN SULU?
Di mana-mana perjuangan pun hatta dalam perjuangan Islam sekali pun akan ada pembelotan, kemunafikan dan pengkhianatan. Tanpa menuduh mana-mana pihak, pengkhianat bukan sahaja menjadi pemusnah kepada perjuangan malah pemusnah kepada diri mereka sendiri. Sebagai Tausug yang bermaruah berdiri di kaki sendiri, di tanah sendiri, dengan keupayaan semampunya yang walau pun miskin dan melarat namun perjuangan tetap juga diheret sejauh mungkin. Adalah sangat menyedihkan apabila seorang pejuang tersilap perkiraan dengan meninggalkan "akar perjuangan" yang asal sebelum ini mereka bela telah melompat ke kumpulan lain tanpa syura. Meninggalkan Syura sebenarnya telah meninggalkan Islam.

Syura Kesultanan Sulu Darul Islam diketuai oleh Sultan Bantilan Muizuddin II. Penulis akan namakan syura ini sebagai SYURA BANTILAN mulai hari ini yang membawa makna "Majlis Syura dibawah Payung Raja Baginda DI BAWAH DULI YANG MAHA MULIA Sultan Bantilan Muhammad Muizuddin II bin Datu Wasik Aranan". Syura Bantilan adalah syura yang asal sebagaimana ia bermula di tangan Datu Ladjamura dahulu. Beliau pernah berkata lebih kurang bermaksud,

"
Sultan mesti ditabal di Lupa' Sug tempat berdirinya kuasa Kesultanan Sulu bukannya di manila atau dimana-mana tempat. Sultan tidak boleh menjadi warganegara lain selain warganegara Tausug kerana itu adalah protokol nenek moyang kita. Sultan bukan Moro dan bukan juga Filipino.

Sultan ialah Tausug yang membela rakyat berlapar dahaga bersama mereka. Jalan ini telah kita rintis dan akan menjadi ikutan kepada generasi kita yang akan datang. Kita miskin berjuang mengangkat bangsa, negara dan Agama suci ini tanpa mendapat bantuan dari Tausug kaya yang lupa diri. Kita tiada harta tapi kita masih ada Allah swt.

Kalian akan saksikan suatu hari nanti,
orang-orang kaya Tausug ini akan berlumba-lumba bangkit mengangkat diri jadi Sultan Sulu setelah melihat kejayaan. Hancurnya institusi kesultanan Sulu adalah disebabkan mereka ini".



Mr. Allen Wong Mei Wah Sultan Sulu?, Orang Cina pun istiharkan diri sebagai KING OF BORNEO, Sulu & Mindanao. Kebijaksanaan para Datu dan Syarif ketika dulu meletakkan syarat kenaikan takhta atau pertabalan seseorang Sultan Sulu mesti di Lupa' Sug (Tanah Sug @ Jolo) adalah bertujuan menghalang sultan palsu seperti ini dari mengaku Sultan Sulu. Ini bukan Sultan Sulu tapi adalah Sultan China kerana ditabalkan di negeri China. Pertabalan Sultan Sulu di Jolo pula bukanlah mudah. Risikonya tinggi kerana memerlukan kempen menghimpun manusia serta berhadapan dengan para pejuang bersenjata.